Catatan

Kesalahan Umum dalam Bahasa Melayu

Salam Malaysia Baharu! :) Apabila mula melakukan kerja penyuntingan naskah atau pembacaan pruf (proofreading)  , baru saya sedar banyak penggunaan kata yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu yang tidak saya ketahui cara, aturan dan peraturan penggunaannya dengan jelas dalam naskhah. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya tentang penggunaan kata-kata tersebut. Sehinggakan hendak menulis artikel ini pun, saya masih tertanya-tanya betul ke penggunaan kata yang digunakan dalam artikel ini. Antara persoalan yang sering menggangu fikiran saya dan mungkin anda juga adalah seperti berikut: 'IALAH' atau ' ADALAH '? Yang mana satu? Bila perkataan ' DI ' perlu dieja rapat dan dijarakkan? Perkataan ' KE ' perlu dieja rapat atau dijarakkan? Bila perlunya penggunaan ' DARI ' dan ' DARIPADA '? Ejaan perkataan 'kebanya KK an' atau 'kebanya K an'? Satu K atau dua K? Ejaan perkataan 'penulisaNNya' atau

Sifat-sifat Khusus Islam

Antara sifat-sifat khusus Islam yang saya pelajari ialah Islam bersifat Rabbani. Iaitu berasal daripada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Islam adalah anugerah Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui segenap keperluan hidup manusia kerana Ia yang mencipta manusia dan sekalian alam. Seterusnya, Islam bersesuaian antara fitrah ( built in instinct ) yang ada dalam diri setiap manusia dengan kandungan ajaran Islam. Demi untuk menjaga fitrah percaya kepada Tuhan akidah Islam dibekalkan oleh Islam. Demi untuk menjaga fitrah seks, Islam membenarkan perkahwinan. Demi untuk mengekalkan fitrah hidup, Islam mensyariatkan persoalan hukum hakam yang terangkum dalam sistem muamalah Islam. Demi menjaga fitrah memiliki harta kekayaan, Islam membenarkan pemilikan harta dengan syarat tidak melalaikan kewajipan menunaikan zakat dan sedekah. Demi menjaga fitrah cintakan kesenian, Islam membenarkan semua elemen kesenian yang tidak melampau. Demi menjaga fitrah cintakan perpaduan dan bangsa sendiri, Is

Faktor Menyebabkan Islam Dapat Diterima Dengan Mudah oleh Masyarakat Melayu

        Antara faktor yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh masyarakat Melayu ialah pendekatan Islam yang bersifat mesra terhadap kebudayaan manusia yang berbeza. Kedatangan Islam dilihat sebagai tidak menghapuskan banyak bentuk budaya tempatan, tetapi telah menerima dan mengekalkan banyak budaya mubah ini ataupun ia melahirkan (sintesis) budaya baru hasil penerapan rapi dengan nilai-nilai Islam. Seterusnya, pendekatan dakwah yang canggih dijalankan oleh mubaligh awal. Pogram dakwah di alam Melayu dijalankan secara berperingkat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan dominasi adat Melayu pra-Islam dan feudalism Melayu. Mereka bertindak beransur-ansur mendekati golongan raja dan menerapkan system beraja Alam Melayu dengan nilai-nilai Islam. Selain itu, faktor keindahan ajaran itu sendiri. Bagi kebanyakkan sarjana, faktor ini amat besar peranannya kerana berjaya menarik minat orang Melayu untuk menerima dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Mengikut pemahaman masyarakat Melayu, Isl

PENDAPAT MENGENAI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

   Terdapat beberapa pendapat yang membahaskan tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Antaranya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pedagang India. Pada abad ke-13, kerajaan Islam menguasai bahagian barat dan timur India. Pelabuhan Gujerat menjadi pusat hubungan antara timur dan barat. Seterusnya, pedagang Gujerat berkunjung ke Nusantara. Melalui aktiviti perdagangan ini, mereka secara tidak langsung menyebarkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Sebilangan daripada pedagang ini juga berkahwin dengan wanita tempatan dan menjadikan rumah mereka sebagai kelas mengaji al-Quran dan Fardhu Ain. Buktinya, penemuan batu nisan dan batu bersurat di Asia Tenggara serupa dengan batu yang terdapat di Gujerat dan Koromandel. Terdapat juga penemuan batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai. Kedua-dua batu nisan tersebut mempunyai ciri buatan India. Seterusnya, terdapat teori yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu dibawa

PROPOSAL LAWATAN ILMIAH SUBJEK TITAS

PROPOSAL LAWATAN ILMIAH SUBJEK TITAS UNIVERSITI X, KUALA LUMPUR TEMA: Karya Seni Melambangkan Tamadun. LOKASI: Pasar Seni, Kuala Lumpur. OBJEKTIF LAWATAN: 1. Untuk mengkaji asal-usul karya seni yang terdapat di Pasar Seni, Kuala Lumpur. 2. Untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara karya seni mengikut etnik. 3. Untuk meningkatkan kemahiran menganalisis dan meghuraikan fakta berkaitan    karya seni. 4. Untuk mengkaji keistimewaan Pasar Seni, Kuala Lumpur. LATAR BELAKANG LOKASI: Pasar Seni merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya terletak berhampiran dengan Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. Bangunan Pasar Seni ini dibina pada tahun 1588 oleh British yang memerintah Tanah Melayu pada ketika itu. Pasar Seni dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual pelbagai barangan basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, dan barangan runcit kepada

Cadangan Penyelidikan PBS Sejarah (Proposal) [Contoh]

      CADANGAN PENYELIDIKAN PBS SEJARAH TEMA: SEJARAH TOKOH TAJUK KAJIAN: PERANAN DAN SUMBANGAN TOKOH TERHADAP  PERSATUAN NELAYAN KAWASAN YAN, KEDAH -  PUAN NOR DAHLIA BINTI AHMAD NASIR 1.0       PEMILIHAN TAJUK Pengkaji telah memilih tajuk peranan dan sumbangan tokoh terhadap Persatuan Nelayan Kawasan Yan kerana beliau banyak memainkan peranan dalam menggerakkan persatuan ini. Tokoh yang dimaksudkan ialah Puan Nor Dahlia selaku Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan. 2.0       PENGENALAN Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengenali lebih dekat Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan iaitu Puan Nor Dahlia. Kajian ini lebih menjurus kepada bidang ketokohan beliau dalam menggerakkan sesebuah persatuan. Hal ini kerana, bidang ketokohan beliau melalui pembabitannya dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan ini belum pernah dirungkai dalam apa-apa jua kajian kerana kajian yang pernah dilakukan lebih menjurus kepada institusi Persatuan Nelayan Kawa

Bahasa Melayu Moden (BM Moden) Keselarasan Vokal, Kodifikasi, Pemupukan, Perancangan Bahasa, Istilah, Kaedah Ejaan Pramerdeka dan Kaedah Ejaan Kini

Imej