Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

JUVANA : Punca, Kesan dan Langkah Menanganinya...

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang semakin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu daripada isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, walau bagaimanapun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Sebenarnya, terdapat beberapa punca berlakunya jenayah juvana ini. Punca-punca ini seterusnya meninggalkan kesan yang negatif kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk membendung jenayah ini. Punca / Sebab / Faktor berlakunya Jenayah Juvana: 1. Kekurangan kasih sayang dari ibu bapa dan keluarga. 2. Kurang penghayatan agama. 3. Kurang pendedahan mengenai jenayah juvana. 4. Hukuman terhadap pesalah juvana yang kurang ketat. 5. Pengaruh rakan sebaya. 6. Pengaruh media massa. Kesan / Akibat daripada Jenayah Juvana: 1. Berhadapan tindakan undang-undang.