Cadangan Penyelidikan PBS Sejarah (Proposal) [Contoh]
CADANGAN PENYELIDIKAN PBS SEJARAH TEMA: SEJARAH TOKOH TAJUK KAJIAN: PERANAN DAN SUMBANGAN TOKOH TERHADAP PERSATUAN NELAYAN KAWASAN YAN, KEDAH - PUAN NOR DAHLIA BINTI AHMAD NASIR 1.0 PEMILIHAN TAJUK Pengkaji telah memilih tajuk peranan dan sumbangan tokoh terhadap Persatuan Nelayan Kawasan Yan kerana beliau banyak memainkan peranan dalam menggerakkan persatuan ini. Tokoh yang dimaksudkan ialah Puan Nor Dahlia selaku Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan. 2.0 PENGENALAN Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengenali lebih dekat Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan iaitu Puan Nor Dahlia. Kajian ini lebih menjurus kepada bidang ketokohan beliau dalam menggerakkan sesebuah persatuan. Hal ini kerana, bidang ketokohan beliau melalui pembabitannya dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan ini belum pernah dirungkai dalam apa-apa jua kajian kerana kajian ya...