Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENDAPAT MENGENAI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

PENDAPAT MENGENAI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

   Terdapat beberapa pendapat yang membahaskan tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Antaranya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pedagang India. Pada abad ke-13, kerajaan Islam menguasai bahagian barat dan timur India. Pelabuhan Gujerat menjadi pusat hubungan antara timur dan barat. Seterusnya, pedagang Gujerat berkunjung ke Nusantara. Melalui aktiviti perdagangan ini, mereka secara tidak langsung menyebarkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Sebilangan daripada pedagang ini juga berkahwin dengan wanita tempatan dan menjadikan rumah mereka sebagai kelas mengaji al-Quran dan Fardhu Ain. Buktinya, penemuan batu nisan dan batu bersurat di Asia Tenggara serupa dengan batu yang terdapat di Gujerat dan Koromandel. Terdapat juga penemuan batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai. Kedua-dua batu nisan tersebut mempunyai ciri buatan India. Seterusnya, terdapat teori yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Mela...