Faktor Menyebabkan Islam Dapat Diterima Dengan Mudah oleh Masyarakat Melayu


      Antara faktor yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh masyarakat Melayu ialah pendekatan Islam yang bersifat mesra terhadap kebudayaan manusia yang berbeza. Kedatangan Islam dilihat sebagai tidak menghapuskan banyak bentuk budaya tempatan, tetapi telah menerima dan mengekalkan banyak budaya mubah ini ataupun ia melahirkan (sintesis) budaya baru hasil penerapan rapi dengan nilai-nilai Islam. Seterusnya, pendekatan dakwah yang canggih dijalankan oleh mubaligh awal. Pogram dakwah di alam Melayu dijalankan secara berperingkat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan dominasi adat Melayu pra-Islam dan feudalism Melayu. Mereka bertindak beransur-ansur mendekati golongan raja dan menerapkan system beraja Alam Melayu dengan nilai-nilai Islam. Selain itu, faktor keindahan ajaran itu sendiri. Bagi kebanyakkan sarjana, faktor ini amat besar peranannya kerana berjaya menarik minat orang Melayu untuk menerima dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Mengikut pemahaman masyarakat Melayu, Islam mempunyai beberapa sifat yang khusus.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN