PENDAPAT MENGENAI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU


   Terdapat beberapa pendapat yang membahaskan tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Antaranya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pedagang India. Pada abad ke-13, kerajaan Islam menguasai bahagian barat dan timur India. Pelabuhan Gujerat menjadi pusat hubungan antara timur dan barat. Seterusnya, pedagang Gujerat berkunjung ke Nusantara. Melalui aktiviti perdagangan ini, mereka secara tidak langsung menyebarkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Sebilangan daripada pedagang ini juga berkahwin dengan wanita tempatan dan menjadikan rumah mereka sebagai kelas mengaji al-Quran dan Fardhu Ain. Buktinya, penemuan batu nisan dan batu bersurat di Asia Tenggara serupa dengan batu yang terdapat di Gujerat dan Koromandel. Terdapat juga penemuan batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai. Kedua-dua batu nisan tersebut mempunyai ciri buatan India.

Seterusnya, terdapat teori yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu dibawa oleh kemasukan pedagang Cina. Islam dikatakan sampai ke benua Cina sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan yang menghantr Saad Abi Waqas untuk menyebarkan agama Islam di Cina. Pada zaman Bani Uthmaniyah, Khalid Al-Walid telah menghantar tenteranya ke sempadan Cina untuk berunding. Berdasarkan catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk selatan Cina memeluk agama Islam, khususnya penduduk Yunan. Apabila berlaku huru-hara di Yunan, masyarakat Islam telah berhijrah ke Asia Tenggera, ada yang menetap di Champa dan sebahagian di pantai timur Tanah Melayu. Bukti yang dikemukakan oleh John Crawford ialah melalui catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai pusat petempatan dan perniagaan di Canton (Amoy) sejak tahun 300M.

Selain itu, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu berasal dari Champa, Kemboja. Hal ini dibuktikan dengan penemuan kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2000 tahum lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa. Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki tiga artifak yang menjadi bukti konkrit Islam Melayu berasal dari Champa. Artifak yang berupa kendi itu menunjukkan zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

Berikutnya, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa Islam datang secara langsung dari Tanah Arab. Di Tanah Melayu, terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari Tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diIslamkan pada tahun 531H/1136M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman. Pedagang-pedagang Islam yang tertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan, dan sebagainya. Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama ‘Tashih’ telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke 7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN