Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

BAHASA MELAYU KUNO MELALUI BUKTI BATU BERSURAT

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada zaman itu kebanyakkannya beragama Hindu dan bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi dalam  masyarakat. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit mudah diterima. Ini boleh dibuktikan melalui pengaruh lisan atau aksara Pallava dan Devanagiri yang datang dari India, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata bahasa Melayu Kuno. Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu Kuno yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara Pallava iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat

Persediaan ke Universiti :)

Assalamualaikum & salam sejahtera... Hi ! :) Taniah!  Diucapkan buat adik-adik yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Selamat menempuhi alam pembelajaran yang baharu yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Bagi yang tidak mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran, janganlah berasa berputus asa. Sebaliknya buatlah rayuan untuk ambilan kedua atau ambilan Februari atau ambilan-ambilan akan datang. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Bagi anda yang mendapat tawaran sambung belajar, saya pasti pelbagai perasaan wujud dalam fikiran anda. Yang rasa gembira tu, Alhamdulillah lah . Tetapi ada juga yang berasa terbeban dan stress apabila mendapat tawaran daripada universiti. Faktornya mungkin disebabkan: Kursus yang ditawarkan tidak digemari oleh anda (sekadar pilihan terakhir) Terlalu jauh dari tempat tinggal anda. Universiti yang ditawarkan bukan universiti pilihan anda. Masalah kewangan. Masalah keluarga (menjaga ibu/ayah yang