Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

PRODUK MAKANAN HALAL (KEPENTINGAN, USAHA MEMAJUKAN & MASALAH)

TAKRIFAN HALAL Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut: Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan: bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syar

BANTUAN KEMANUSIAAN

Malaysia telah menghantar pelbagai jenis bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban mangsa bencana alam dan mangsa peperangan ke negara yang terlibat. Antara jenis bantuan kemanusiaan tersebut ialah: 1. Bantuan makanan dan minuman. Ke negara yang mengalami masalah kebuluran. Contoh; ke Afrika Tengah. Boleh disalurkan melalui  Mercy Malaysia. 2. Bantuan pakaian. Masyarakat di Malaysia boleh kumpul pakaian yang lama dan terpakai. Adakan program mengumpul pakaian. 3. Bantuan kewangan. Melalui tabung derma. Contoh; tabung Palestin. Derma boleh dikutip di masjid, sekolah, agensi-agensi swasta/kerajaan, dan di tempat orang awam (pasar atau pasaraya). Agensi yang boleh di pertanggungjawab ialah seperti  AMAN Palestin. 4. Bantuan kesihatan. Hantar doktor pakar ke negara yang mengalami bencana alam atau negara yang bergolak. Sediakan alatan dan ubatan yang mencukupi dan lengkap. Tujuannya ialah untuk merawat kecederaan mangsa atau mencegah penularan penyakit berja

PENINGKATAN SUHU SETEMPAT

Peningkatan suhu setempat boleh berlaku akibat aktiviti pemusnahan atau penebangan hutan yang tidak terkawal. Apabila pokok-pokok ditebang, cahaya matahari akan terus sampai ke permukaan bumi tanpa ada halangan daripada tumbuhan-tumbuhan yang rendang. Hal ini akan menyebaban gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan terbebas dan terkumpul di dalam udara kerana ketiadaan pokok yang berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida dan pembebas gas oksigen. Fenomena ini akan menyebabkan kehidupan harian manusia terjejas kerana tidak selesa dengan cuaca yang terlalu panas.