Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEDATANGAN BURUH ASING KE NEGARA MALAYSIA (FAKTOR TOLAKAN & FAKTOR TARIKAN)

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia, iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan. Antara faktor tolakan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia ialah masalah ekonomi di negara asal. Perkembangan ekonomi yang kurang pesat di negara asal menyebabkan buruh asing ini kurang peluang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar penganguguran dan kemiskinan yang semakin tinggi. Peluang pekerjaan yang terhad ini juga memberikan kadar upah yang rendah dan hal ini memaksa mereka ke negara kita, Malaysia. Selain itu, faktor tolakan berikutnya ialah bencana alam . Bencana alam yang kerap berlaku di negara Indonesia, Thailand, dan Bangladesh seperti banjir, kemarau, dan ribut taufan. Kejadian kemarau yang melanda menyebabkan krisis bekalan makanan berlaku sehingga terjadinya masalah kebuluran. Kejadian banjir juga menyebabkan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit taun, tibi, dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan mereka memasuki negara kita.