FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEDATANGAN BURUH ASING KE NEGARA MALAYSIA (FAKTOR TOLAKAN & FAKTOR TARIKAN)

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia, iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan.

Antara faktor tolakan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia ialah masalah ekonomi di negara asal. Perkembangan ekonomi yang kurang pesat di negara asal menyebabkan buruh asing ini kurang peluang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar penganguguran dan kemiskinan yang semakin tinggi. Peluang pekerjaan yang terhad ini juga memberikan kadar upah yang rendah dan hal ini memaksa mereka ke negara kita, Malaysia.

Selain itu, faktor tolakan berikutnya ialah bencana alam. Bencana alam yang kerap berlaku di negara Indonesia, Thailand, dan Bangladesh seperti banjir, kemarau, dan ribut taufan. Kejadian kemarau yang melanda menyebabkan krisis bekalan makanan berlaku sehingga terjadinya masalah kebuluran. Kejadian banjir juga menyebabkan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit taun, tibi, dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan mereka memasuki negara kita.

Antara faktor tarikan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke negara Malaysia ialah kemakmuran ekonomi. Keadaan politik yang stabil di negara ini mendorong kadar pertumbuhan ekonomi positif. Kestabilan politik ini menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini khususnya dalam bidang perindustrian yang menggalakkan pembukaan kilang-kilang baharu. Pembukaan kilang ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan membuka peluang kepada buruh asing untuk mengisi peluang pekerjaan tersebut dengan kadar upah yang tinggi berbanding negara asal.

Faktor tarikan yang seterusnya ialah persamaan budaya, agama dan bahasa. Budaya masyarakat di Malaysia mempunyai persamaan budaya masyarakat di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Antara agama yang dianuti oleh buruh asing ini juga sebahagian besarnya adalah Islam yang selaras dengan agama rasmi di negara ini. Penggunaan bahasa Melayu juga oleh buruh asing dari Indonesia memudahkan mereka berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.


Kesimpulannya, kemasukan buruh asing ke negara ini perlulah dibendung agar tiada berlaku persaingan peluang pekerjaan dengan masyarakat tempatan. Usaha untuk membendung kemasukan buruh asing ini perlulah mendapat kerjasama dari semua pihak khususnya pihak kerajaan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN