LUMBA HARAM : PUNCA-PUNCA BERLAKU & DEFINISI
PUNCA-PUNCA: 1. Masalah keluarga 2. Pengaruh rakan sebaya 3. Pengaruh media massa 4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 5. Kemudahan litar lumba yang terhad Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan isu perlumbaan haram. Perlumbaan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti perlumbaan kenderaan di atas jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), atau mana-mana penganjur yang berdaftar/sah. Perlumbaan haram yang berlaku melibatkan kenderaan bermotor seperti motorsikal dan kereta. Perlumbaan haram biasanya diadakan di kawasan lebuh raya dan pada waktu tengah malam. Statistik menunjukkan peningkatan aktiviti lumba haram semakin bertambah dari tahun ke tahun. Peningkatan ini boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya aktiviti perlumbaan haram. Antara punca berlakunya aktiviti lumba haram ialah disebabkan masalah keluarga...