PROPOSAL LAWATAN ILMIAH SUBJEK TITAS


PROPOSAL
LAWATAN ILMIAH SUBJEK TITAS
UNIVERSITI X, KUALA LUMPUR



TEMA:
Karya Seni Melambangkan Tamadun.

LOKASI:
Pasar Seni, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF LAWATAN:
1. Untuk mengkaji asal-usul karya seni yang terdapat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
2. Untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara karya seni mengikut etnik.
3. Untuk meningkatkan kemahiran menganalisis dan meghuraikan fakta berkaitan
   karya seni.
4. Untuk mengkaji keistimewaan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

LATAR BELAKANG LOKASI:
Pasar Seni merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya terletak berhampiran dengan Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. Bangunan Pasar Seni ini dibina pada tahun 1588 oleh British yang memerintah Tanah Melayu pada ketika itu. Pasar Seni dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual pelbagai barangan basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, dan barangan runcit kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur. Pada hari ini, Pasar Seni telah menjadi pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang kraftangan di Malaysia. Terdapat beberapa kedai di Pasar Seni yang menumpukan kepada kegiatan penghasilan kerja tangan masyarakat Malaysia dan turut menjual pakaian dan barangan tradisional seperti batik tradisi Malaysia. Selain batik, terdapat juga kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut bahagian Pasar Seni sambil diperhatikan oleh orang ramai dengan penuh minat. Di bahagian luar pula, amfiteater berhampiraan tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukkan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan dan pertunjukkan dipamerkan di Pasar Seni seperti lukisan batik, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Pada waktu hujung minggu, Pasar Seni gamat dengan kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan pengunjung yang melawati Pasar Seni merupakan penggemar karya seni dan menjadikan Pasar Seni sebagai tempat untuk menambahkan koleksi seni mereka.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN