RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

SOALAN:

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

ISI-ISI:

FAKTOR-FAKTOR:
  1. Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
  2. Kelemahan kepimpinan
  3. Faktor perkembangan modenisasi
  4. Faktor sosial dan budaya
KESAN:
  1. Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas)
  2. Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
  3. Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti)
  4. Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
  5. Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
  1. Penguatkuasaan undang-undang
  2. Kempen kesedaran
  3. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
  4. Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
  5. Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
  6. Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)

CONTOH JAWAPAN:

     Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.

     Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

     Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

     Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan  undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.

     Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

     Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.

     Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.

***Anda juga mungkin meminati: 
     1.  ARTIKEL / KERATAN AKHBAR BERKAITAN ISU RASUAH
     2. STATISTIK / BILANGAN KES RASUAH


SUMBER :1.  SPRM
                  2. JAKIM

Ulasan

  1. thank you...smile...sangat membantu

    BalasPadam
  2. sangat menbantu, mohon print utk rujukan anak... tk

    BalasPadam
  3. sangat menbantu, mohon print utk rujukan anak... tk

    BalasPadam
  4. Thank you Pena Cinta..its really helping me

    BalasPadam
  5. Thank you Pena Cinta..its really helping me

    BalasPadam
  6. Thank you. Minta copy sikit untuk Kbat sejarah 😁😁

    BalasPadam
  7. Great ! Really helpful thank you

    BalasPadam
  8. Mana karangan untuk bahagian Kesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu kemaskini akan datang. Terima kasih :)

      Padam
  9. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    BalasPadam
  10. Hello viewers all over the world, There is good news for you all today get your Blank ATM card that works in all ATM machines all over the world. We have specially programmed ATM cards that can be used to hack ATM machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at stores and POS. We give out this cards to all interested clients worldwide, We give out THE Blank ATM Card. Do you want to live a good life thought its illegal, its the easiest way to be a millionaire. it also has a technique that makes it impossible for the CCTV to detect you and you can only withdraw a total amount of $5,000 Dollars in a day on ATM Machine also avaialbel at cash delivery. We give up to $10,000.00 to $1,000,000.00 Dollars With our network hacking services. We can Recover all your lost money to Bitcoin and other Crypto currency, mortgage/realestate scams and fake ICOs within 48 hours or less. (Thomas Freddie Hackers) working together as a team to track down & to recover funds back from the most difficult internet SCAMMERS. NOTE!! We've received countless heartbreaking reports of notorious scammers and we’ve successful recovery them back via thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Do contact us on ((Binary Recovery. University Grades.Wiping Criminal Records, FB & IG Hack, Telegram, Loads & Phone Hacking)) border us with your jobs & allow us give you positive result with our hacking skills. We are certified and your privacy is 100% safe with us. Worry no more about your financial problems, If you are in need of any other cyber hack services, we are here for you anytime, any day so contact us via our Email Address: thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Regards
    THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS
    Email thomasunlimitedhackers@gmail.com
    Call/Text: +1 (985)465-8370
    Motto: We offer the fastest and reliable services

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN