Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

Imej
Sumber Internet Kesan Positif: 1. Memudahkan mencari maklumat 2. Memudahkan komunikasi 3. Mempercepatkan urusan 4. Mudah mendapatkan berita / perkembangan semasa 5. Meluaskan pasaran perniagaan Kesan Negatif: 1. Berlaku pembaziran waktu 2. Melayari laman web yang tidak bermoral/pronografi 3. Berlaku jenayah siber Sumber Internet *****  Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT. Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat . Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan y

LUMBA HARAM : PUNCA-PUNCA BERLAKU & DEFINISI

PUNCA-PUNCA: 1. Masalah keluarga 2. Pengaruh rakan sebaya 3. Pengaruh media massa 4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 5. Kemudahan litar lumba yang terhad Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan isu perlumbaan haram. Perlumbaan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti perlumbaan kenderaan di atas jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), atau mana-mana penganjur yang berdaftar/sah. Perlumbaan haram yang berlaku melibatkan kenderaan bermotor seperti motorsikal dan kereta. Perlumbaan haram biasanya diadakan di kawasan lebuh raya dan pada waktu tengah malam. Statistik menunjukkan peningkatan aktiviti lumba haram semakin bertambah dari tahun ke tahun. Peningkatan ini boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya aktiviti perlumbaan haram. Antara punca berlakunya aktiviti lumba haram ialah disebabkan masalah keluarga