AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA -- ( KESAN NEGATIF KEPADA NEGARA & USAHA UNTUK MENGEKANG MASALAH INI)
Sumber Internet Aktiviti pemerdangan manusia adalah segala bentuk pengeksplotasian ke atas manusia. Terdapat pelbagai kesan negatif kepada negara disebabkan aktiviti ini dan beberapa usaha boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku. Antara kesan negatif aktiviti pemerdangan manusia ialah mencemarkan imej negara . Aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku secara giat di negara ini akan meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain. Hal ini akan membantutkan pertumbuhan ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ni disebabkan masalah pemerdagangan manusia. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong asing berasa khuatir akan keselamatan mereka apabila berada di Malaysia. Selain itu, berlaku peningkatan jenayah di negara ini. Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan peratusan kadar jenayah di negara ini kian meningkat. Sebahagian besar manusia yang...