Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEDATANGAN BURUH ASING KE NEGARA MALAYSIA (FAKTOR TOLAKAN & FAKTOR TARIKAN)

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia, iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan. Antara faktor tolakan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia ialah masalah ekonomi di negara asal. Perkembangan ekonomi yang kurang pesat di negara asal menyebabkan buruh asing ini kurang peluang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar penganguguran dan kemiskinan yang semakin tinggi. Peluang pekerjaan yang terhad ini juga memberikan kadar upah yang rendah dan hal ini memaksa mereka ke negara kita, Malaysia. Selain itu, faktor tolakan berikutnya ialah bencana alam . Bencana alam yang kerap berlaku di negara Indonesia, Thailand, dan Bangladesh seperti banjir, kemarau, dan ribut taufan. Kejadian kemarau yang melanda menyebabkan krisis bekalan makanan berlaku sehingga terjadinya masalah kebuluran. Kejadian banjir juga menyebabkan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit taun, tibi, dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan mereka memasuki negara kita.

PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Imej
Masih segarkan diingatan anda permainan-permainan seperti di bawah? Permainan tradisional seperti ini pernah popular pada suatu ketika dahulu namun kini ia semakin di lupakan dalam kalangan remaja era masa kini. Peredaran arus teknologi menghanyutkan permainan-permainan tradisional yang telah lama dimainkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Congkak Sepak Takraw Tarik Upih Ceper

PANTUN KASIH SAYANG

Dari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar. Ikan sepat di Parit Baru, Sayur manis di Tanah Bawang; Sudah dapat sahabat baru, Dalam manis saya terbuang. Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu. Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama; Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama? Kelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru ku sedar hatiku cinta. Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. Mari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam. Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit dimunum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati k