Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

KEPENTINGAN HUBUNGAN DUA HALA (MALAYSIA - NEGARA LAIN)

Kepentingan Hubungan Dua Hala: 1.  Dapat memajukan ekonomi di Malaysia. Huraian:  Hubungan yang di jalinkan dari negara luar mampu menarik pelabur asing (FDI) untuk melabur di negara ini dalam pelbagai sektor. Hal ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memajukan ekonomi di negara ini dalam sektor seperti sektor pertanian, perindustrian, dan perdagangan. Contohnya, Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara China melalui sektor perdagangan dan perindustrian berat. 2.  Menggalakkan perkongsian teknologi. Huraian: Melalui kerjasama yang erat dengan negara maju seperti negara Australia dan Jepun,      maka perkongsian teknologi moden akan berlaku. Perkongsian teknologi ini dapat    memajukan negara ini dalam bidang pertanian dan perindustrian. 3.  Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia. Huraian: Melalui hubungan dua hala ini, syarikat-syarikat gergasi dari negara luar akan senang    membuka kilang-kilang industri mereka di negara ini.