KEPENTINGAN HUBUNGAN DUA HALA (MALAYSIA - NEGARA LAIN)





Kepentingan Hubungan Dua Hala:


1. Dapat memajukan ekonomi di Malaysia.
Huraian: 
Hubungan yang di jalinkan dari negara luar mampu menarik pelabur asing (FDI) untuk melabur di negara ini dalam pelbagai sektor. Hal ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memajukan ekonomi di negara ini dalam sektor seperti sektor pertanian, perindustrian, dan perdagangan. Contohnya, Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara China melalui sektor perdagangan dan perindustrian berat.

2. Menggalakkan perkongsian teknologi.
Huraian:
Melalui kerjasama yang erat dengan negara maju seperti negara Australia dan Jepun,    
maka perkongsian teknologi moden akan berlaku. Perkongsian teknologi ini dapat   
memajukan negara ini dalam bidang pertanian dan perindustrian.

3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.
Huraian:
Melalui hubungan dua hala ini, syarikat-syarikat gergasi dari negara luar akan senang   
membuka kilang-kilang industri mereka di negara ini. Pembukaan kilang-kilang ini   
akan membuka peluang pekerja yang lebih luas kepada masyarakat tempatan. Oleh   
itu, taraf hidup masyarakat tempatan akan meningkat selaras dengan hala tuju negara   
mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Peluang pekerjaan yang banyak ini   
juga akan mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia. Contohnya, pembukaan   
kilang elektronik Intel di kawasan perindustrian Pulau Pinang oleh syarikat luar   
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat setempat.

4. Memajukan sektor pelancongan di Malaysia.
Huraian:
Kedatang pelancong asing ke negara ini sebahagian besarnya di sebabkan oleh faktor   
hubungan dua hala yang erat antara negara. Kerjasama yang erat antara negara ini   
akan mewujudkan suasana yang aman kepada pelancong asing yang berkunjung ke   
Malaysia. Keselamatan pelancong asing akan terjamin dari sebarang perkara yang   
boleh menjejaskan kedaulatan negara kita.

Ulasan

  1. more STPM Sem 3 notes please.
    Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Steady bom bit bit btw how u like that?

      Padam
    2. kindly this comment make laugh btw this unknown people are stress??

      Padam
    3. kindly this comment make laugh btw this unknown people are stress??

      Padam
  2. Thanks for the simple and useful note!

    BalasPadam
  3. I need more sem 3 notes.thankyou!

    BalasPadam
  4. I need more it as my teacher ask me to write the answer for 2000 marks

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN