Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

BAHASA MELAYU KUNO MELALUI BUKTI BATU BERSURAT

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada zaman itu kebanyakkannya beragama Hindu dan bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi dalam  masyarakat. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit mudah diterima. Ini boleh dibuktikan melalui pengaruh lisan atau aksara Pallava dan Devanagiri yang datang dari India, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata bahasa Melayu Kuno. Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu Kuno yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara Pallava iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat