PENCEMARAN ALAM : LANGKAH MENGATASINYA
Pencemaran alam andai dibiarkan akan menganggu kesejahteraan kita. Sebenarnya terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang sering berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, dan sebagainya. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ini. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui pendidikan alam sekitar . Pendidikan alam sekitar boleh diterapkan kepada para pelajar sejak dibangu prasekolah lagi. Hal ini kerana pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan. Para pelajar seharusnya diterapkan dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh diberikan dengan cara mengajar generasi muda tentang cara menjaga alam sekitar melalui langkah kitar semula, guna semula, dan sebagainya. Seterusnya, langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui ama...