PENCEMARAN ALAM : LANGKAH MENGATASINYA
Pencemaran alam andai dibiarkan akan menganggu kesejahteraan kita. Sebenarnya terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang sering berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, dan sebagainya. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ini.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh diterapkan kepada para pelajar sejak dibangu prasekolah lagi. Hal ini kerana pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan. Para pelajar seharusnya diterapkan dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh diberikan dengan cara mengajar generasi muda tentang cara menjaga alam sekitar melalui langkah kitar semula, guna semula, dan sebagainya.
Seterusnya, langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui amalan harian di rumah. Setiap anggota keluarga perlu bertanggungjawab dalam memastikan agar amalan harian yang dilakukan tidak membawa kesan kepada alam sekitar. Amalan yang boleh dilakukan oleh anggota keluarga untuk mengatasi pencemaran alam ialah dengan tidak membuang sisa minyak ke dalam singki yang boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran air. Sebaliknya, minyak masakan haruslah dibungkus dengan baik dan dibuang ke dalam tong sampah untuk dilupuskan dengan cara yang efisyen. Perbuatan membuang minyak masakan ke dalam singki menyebabkan air sukar dirawat semula.
Selain itu, kempen juga boleh diadakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam yang berlaku. Kempen boleh disalurkan kepada masyarakat umum melalui media massa bercetak dan media massa elektronik. Melalui media massa bercetak, artikel dan rencana mengenai cara mengatasi pencemaran alam harus disediakan untuk memudahkan pembaca mengetahui langkah terbaik menguruskan alam sekitar. Iklan tentang penjagaan alam sekitar dan langkah mengatasi alam sekitar boleh juga disiarkan melalui internet, televisyen, radio, dan sebagainya. Iklan-iklan yang dihasilkan haruslah lebih menarik dan kreatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum.
***ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI : JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM
***ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI : JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM
Ulasan
Catat Ulasan