** Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal, atau tetap. Oleh itu, bumi yang lestari dapat digambarkan sebagai persekitan bumi yang kekal bebas daripada sebarang unsur kerosakan alam. Walau bagaimanapun, kemajuan era teknologi pada masa kini memperlihatkan kerakusan manusia mengeksplotasi alam sekitar secara berleluasa dan tanpa kawalan. Alam sekitar dieksplotasi secara rakus untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Sebenarnya, terdapat beberapa kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada pengeksplotasian manusia secara besar-besaran dan langkah untuk membendung gejala ini. Antaranya, menjejaskan habitat flora dan fauna . Pengeksplotasian alam sekitar yang melibatkan kerja-kerja penebangan hutan atau pembukaan baru kawasan hutan mendatangkan ancaman yang serius terhadap habitat flora dan fauna. Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua (1996), flora membawa maksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu ...
BAGUS UNTUK INFONYA
BalasPadam