PENCEMARAN ALAM : JENIS PENCEMARAN

    Pencemaran jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian dan keselesaan kehidupan kita. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang berlaku di sekeliling kita. Antaranya pencemaran air, pecemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran bau, pencemaran sisa pepejal, pencemaran bunyi, dan sebagainya.

    Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran aktiviti pembakaran terbuka dan masalah pelepasan asap dari kenderaan. Pencemaran udara sering berlaku di kawasan bandar pada waktu-waktu puncak seperti pada waktu petang. Pencemaran udara yang tinggi di kawasan bandar boleh mengakibatkan berlakunya fenomena pulau haba bandar.

    Pencemaran air pula biasanya berlaku disebabkan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai. Bahan buangan seperti ammonia, sianida, dan sisa-sisa asid menyebabkan kemusnahan kepada hidupan akuatik sama ada di dalam sungai ataupun laut. Pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan penggunaan racun makhluk perosak yang dialirkan ke dalam sungai juga menyebabkan berlakunya pencemaran air.

    Pencemaran tanah berlaku disebabkan tumpahan minyak dan sisa kimia yang menyebabkan tanah menjadi tidak subur untuk segala jenis aktiviti pertanian. Hakisan tanah akibat daripada aktiviti penggondolan bukit juga disebabkan pencemaran tanah. Contohnya, tumpahan minyak di kawasan padang, menyebabkan rumput tidak boleh hidup.

    Pencemaran bunyi pula berlaku disebabkan bunyi bising yang keterlaluan di sesuatu kawasan. Bunyi bising ini bukan sahaja menganggu ketenangan orang awam sebaliknya ia juga boleh mendatangkan masalah pendengaran jika berlarutan. Percemaran bunyi biasanya berlaku di kawasan yang sibuk dengan kenderaan, kawasan tapak pembinaan dan industri, dan sebagainya.

    Pencemaran sisa pepejal berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa pepejal di merata-rata tempat. Contohnya, longgokan sampah yang banyak di kawasan rekreasi menyebabkan kawasan tersebut tercemar. Pencemaran sisa pepejal biasanya mengundang bau yang tidak enak kepada orang awam.

    Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pencemaran alam yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah berusaha dan bekerjasama untuk mengurangkan masalah pencemaran alam yang berlaku.

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI : LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM (klik sini)

Sumber Internet

Sumber Internet

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN