Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BENCANA ALAM : KESAN NEGATIF KEJADIAN BENCANA ALAM

BENCANA ALAM : KESAN NEGATIF KEJADIAN BENCANA ALAM

Imej
   Sumber Internet       Kejadian bencana alam yang berlaku di negara kita meskipun tidak sekerap di negara  lain tetap membimbangkan kita kerana kesan negatifnya amat buruk. Terdapat beberapa kesan negatif kejadian bencana alam di negara kita.     Antaranya, membawa kerugian kepada negara . Bencana alam seperti banjir akan memusnahkan pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda juga menyebabkan induvidu terpaksa menanggung kerugian yang besar. Bagi membangunkan semula bangunan atau petempatan yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.     Selain itu, bencana alam juga menjejaskan kesihatan mangsa. Hal ini kerana, ketika berlakunya kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang berlarutan, bekalan air bersih akan semakin berkurangan. Kekurangan air bersih ini menyebabkan mangsa banjir terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit taun, cacar a...