Sifat-sifat Khusus Islam


Antara sifat-sifat khusus Islam yang saya pelajari ialah Islam bersifat Rabbani. Iaitu berasal daripada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Islam adalah anugerah Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui segenap keperluan hidup manusia kerana Ia yang mencipta manusia dan sekalian alam.

Seterusnya, Islam bersesuaian antara fitrah (built in instinct) yang ada dalam diri setiap manusia dengan kandungan ajaran Islam. Demi untuk menjaga fitrah percaya kepada Tuhan akidah Islam dibekalkan oleh Islam. Demi untuk menjaga fitrah seks, Islam membenarkan perkahwinan. Demi untuk mengekalkan fitrah hidup, Islam mensyariatkan persoalan hukum hakam yang terangkum dalam sistem muamalah Islam. Demi menjaga fitrah memiliki harta kekayaan, Islam membenarkan pemilikan harta dengan syarat tidak melalaikan kewajipan menunaikan zakat dan sedekah. Demi menjaga fitrah cintakan kesenian, Islam membenarkan semua elemen kesenian yang tidak melampau. Demi menjaga fitrah cintakan perpaduan dan bangsa sendiri, Islam membenarkan semangat nasionalisme yang terpuji.

Selain itu, Islam bersifat syumul (lengkap). Berbanding dengan agama-agama lain membahaskan skop perbahasan agama kepada soal hubungan antara Tuhan dengan makhluk, ajaran Islam dalam ruang lingkupnya amat lengkap kerana mengajarkan manusia kaedah untuk menjalin tiga bentuk hubungan di dalam kehidupan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN