Cadangan Penyelidikan PBS Sejarah (Proposal) [Contoh]

     CADANGAN PENYELIDIKAN PBS SEJARAH

TEMA: SEJARAH TOKOH

TAJUK KAJIAN:
PERANAN DAN SUMBANGAN TOKOH TERHADAP 
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN YAN, KEDAH - 
PUAN NOR DAHLIA BINTI AHMAD NASIR

1.0      PEMILIHAN TAJUK
Pengkaji telah memilih tajuk peranan dan sumbangan tokoh terhadap Persatuan Nelayan Kawasan Yan kerana beliau banyak memainkan peranan dalam menggerakkan persatuan ini. Tokoh yang dimaksudkan ialah Puan Nor Dahlia selaku Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan.

2.0      PENGENALAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengenali lebih dekat Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Yan iaitu Puan Nor Dahlia. Kajian ini lebih menjurus kepada bidang ketokohan beliau dalam menggerakkan sesebuah persatuan. Hal ini kerana, bidang ketokohan beliau melalui pembabitannya dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan ini belum pernah dirungkai dalam apa-apa jua kajian kerana kajian yang pernah dilakukan lebih menjurus kepada institusi Persatuan Nelayan Kawasan Yan itu sendiri.

3.0      OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang digunakan pengkaji dalam penyiapan kerja khusus ini adalah:
1.      Mengkaji seorang tokoh tempatan yang bekerja di daerah Yan, Kedah.
2.      Mengenalpasti peranan tokoh kepada persatuan dan masyarakat setempat.
3.      Mengkaji sumbangan tokoh dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan.

4.0      PERMASALAHAN KAJIAN
Berdasarkan kajian, pengkaji lebih berminat untuk mengetahui latar belakang tokoh. Pengkaji mendapati bahawa beliau merupakan seorang tokoh yang berjaya dalam menggerakkan sesuatu persatuan. Pengkaji juga tertarik untuk mengenalpasti usaha yang telah dilakukan tokoh dalam memajukan Persatuan Nelayan Kawasan Yan ini. Hal ini demikian kerana, peranan beliau dalam persatuan ini begitu menonjol dan perkara ini wajar diketengahkan untuk dijadikan ikhtibar kepada generasi akan datang. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat sumbangan-sumbangan beliau dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan dan kepada masyarakat setempat khusunya golongan para nelayan.

5.0      SOROTAN KAJIAN LEPAS
Buku Biografi II Tokoh Guru Kedah 1976-1986 telah mengkaji latar belakang dan sumbangan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad sebagai Tokoh Guru Kedah 1985. Pengkaji telah menjadikan tokoh tersebut sebagai panduan dalam penyelidikan ini.

6.0      SKOP KAJIAN
Skop kajian bagi penyelidikan ini ialah di sekitar daerah Yan terutamanya di Kampung Kuala Sungai Udang. Daerah Yan terletak di negeri Kedah Darul Aman. Keluasan daerah ini dianggarkan seluas 242 km2. Daerah Yan mempunyai lima mukim yang terdiri daripada Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, Mukim Dulang, Mukim Yan dan Mukim Singkir.

7.0      KAEDAH KAJIAN
Untuk menghasilkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi membantu pengkaji untuk menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah:

Data Primier:
a.       Kaedah Kajian Lapangan
Pengkaji telah menjejakkan kaki ke kawasan kajian iaitu di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Yan yang terletak di Kampung Kuala Sungai Udang bagi mendapatkan maklumat tentang tokoh yang dipilih.

b.      Kaedah Temubual
Melalui kaedah ini, pengkaji mendapat kerjasama daripada tokoh tersebut iaitu Puan Nor Saadah bt. Mohamed Zain yang banyak membantu dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

       Data Sekunder
             a.       Pembacaan Karya Ilmiah
      Pengkaji telah membaca bahan-bahan berkaitan dengan tajuk tugasan pengkaji yang terdapat di Arkib Negara Cawangan Kedah-Perlis untuk memperolehi lebih banyak maklumat yang diperlukan.

      b.      Melayari Internet
Pengkaji juga menggunakan kaedah melayari internet untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja khusus ini.

      c.       Kepustakaan
Pengkaji turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk mencari artikel-artikel, buku, jurnal, majalah dan keratan akhbar yang sesuai dengan tajuk yang telah dipilih.

8.0      PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Bahagian 1: Latar Belakang Tokoh
Dalam bahagian ini pengkaji akan menceritakan dengan lebih terperinci tentang latar belakang tokoh yang dipilih.

Bahagian 2: Peranan Tokoh
Dalam bahagian ini pula, pengkaji akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang peranan tokoh dalam Persatuan Nelayan Kawasan Yan.

Bahagian 3: Sumbangan Tokoh
Dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji tentang sumbangan tokoh terhadap Persatuan Nelayan Kawasan Yan.

9.0      PENUTUP
Setelah kajian dilakukan, pengkaji mendapati tokoh tersebut mempunyai keunikan dan cara tersendiri dalam mentadbir Persatuan Nelayan Kawasan Yan. Pengkaji juga menyedari ketokohan beliau sangat sesuai dijadikan suri teladan yang baik kepada generasi akan datang. Sikap dan jati diri tokoh tersebut amat sesuai dikupaskan secara terperinci dalam kajian ini.


BIBLIOGRAFI 
(Sila gunakan gaya penulisan bibliografi yang betul spt APA Style atau Gaya Dewan).
1.      Tokoh Tempatan-Dato Haji Muhammad Ismail Saloh, Zanariah Ismail.
2.      Biography of Tun Dr. Mahathir b. Mohamad.
3.      Tokoh-tokoh Negeri Kedah.
4.      Tokoh Kedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN