BENCANA ALAM : KESAN NEGATIF KEJADIAN BENCANA ALAM

  
Sumber Internet
      Kejadian bencana alam yang berlaku di negara kita meskipun tidak sekerap di negara  lain tetap membimbangkan kita kerana kesan negatifnya amat buruk. Terdapat beberapa kesan negatif kejadian bencana alam di negara kita.

    Antaranya, membawa kerugian kepada negara. Bencana alam seperti banjir akan memusnahkan pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda juga menyebabkan induvidu terpaksa menanggung kerugian yang besar. Bagi membangunkan semula bangunan atau petempatan yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

    Selain itu, bencana alam juga menjejaskan kesihatan mangsa. Hal ini kerana, ketika berlakunya kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang berlarutan, bekalan air bersih akan semakin berkurangan. Kekurangan air bersih ini menyebabkan mangsa banjir terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit taun, cacar air, dan Kolera. Fenomena kemarau juga boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit kulit atau deman.

    Di samping itu, bencana alam turut memberi kesan kepada kemusnahan flora dan fauna. Kejadian bencana alam seperti pembakaran hutan akan menjejaskan ekosistem flora dan fauna yang menjadi khazanah negara. Kemusnahan pokok-pokok akan mengambil masa yang lama untuk subur dan hidup kembali. Kepupusan flora dan fauna akan merugikan generasi akan datang kerana tidak berpeluang melihat keindahan flora dan fauna pada masa kini.

    Seterusnya, bencana alam juga boleh mencemarkan alam sekitar. Ketika fenomena banjir berlaku, sisa kumbahan dan benda-benda beracun serta bangkai binatang akan terapung bersama-sama aliran air. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air yang akan menjejaskan kehidupan induvidu. Pencemaran bau juga akan menyebabkan mangsa banjir berasa tidak selesa.

    Kesan berikutnya, bencana alam boleh menjejaskan sumber bekalan makanan. Hal ini kerana, apabila bencana alam berlaku, sumber bekalan mentah tidak dapat dihantar ke kawasan bencana kerana berlaku kesulitan seperti sistem perhubungan yang rosak dan sebagainya. Berikutan itu, bekalan makanan sedia ada akan semakin berkurangan dari hari ke hari. Situasi ini akan menyebabkan mangsa banjir berada dalam keadaan kelaparan.

    Kesimpulannya, bencana alam sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada mangsa. Oleh itu semua pihak perlulah turun padang dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban  mangsa bencana alam. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN