INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN


             
             Industri indap desa (homestay) sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi industri inap desa dan cabaran-cabaran yang di hadapinya.

Sumber internet.


                Antara kepentingan industri inap desa ialah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperolehi daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat memajukan negara.
                Selain itu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara. Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan berikutan kehendak pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang ingin melawat ke kawasan pendalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan kerana terdapat inap desa (homestay).
                Seterusnya, potensi inap desa pula ialah mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila industri inap desa di bina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak ruang pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa.  Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, pekebun, pengawal keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang pekerjaan yang banyak namun ianya mampu membantu golongan penganggur bagi mencari sumber rezeki.
                Antara cabaran yang di hadapi oleh industri inap desa ialah masalah kekurangan modal. Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar gaji pekerja. Hal ini kerana pengusaha industri inap desa sukar mendapatkan pinjaman daripada bank berikutan faktor ekonomi mereka yang kurang kukuh. Situasi ini akan menyebabkan perkembangan inap desa agak perlahan dan terbatas.
                Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam memajukan industri inap desa agar ianya terus berkembang dan menjadi salah satu sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara kita, Malaysia.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF