INAP DESA (HOMESTAY) : MAKSUD [KONSEP]

Inap desa (homestay) : Sumber Internet

DEFINISI INAP DESA (HOMESTAY) :

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

     Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.


***Anda juga mungkin meminati, KEPENTINGAN & CABARAN INAP DESA (HOMESTAY)
 

INDUSTRI INAP DESA DI MALAYSIA
     Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara
Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.
     Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati.
Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan.
Malaysia mensasarkan seramai 13 juta pelancong melawati negara ini pada tahun 2007 dan pelbagai program disusun bagi mencapai sasaran itu.
     Tahun 2001, lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia dengan hasil pendapatan sebanyak RM200 bilion.

Sumber; Wikipedia.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN