WAWASAN 2020 : ISU PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA (LANGKAH YANG PERLU DIMAINKAN OLEH IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA)
Wawasan 2020: Sumber Internet |
Pembentuan keluarga bahagia
merupakan salah satu isu yang berbangkit dalam cabaran Wawasan 2020.
Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang perlu di mainkan oleh ibu bapa dalam
penbentukan keluarga bahagia.
Keluarga bahagia - Sumber: www.haluan.org.my |
Antara langkah yang perlu di mainkan oleh ibu bapa dalam
pembentukan keluarga bahagia ialah dengan memberikan didikan agama kepada
anak-anak. Agama merupakan benteng yang paling utuh dalam memastikan anak-anak
terhindar daripada perkara yang tidak baik. Ajaran agama yang diberikan oleh
ibu bapa juga mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak secara tidak
langsung. Misalnya, agama akan mendidik anak-anak supaya menghormati golongan
tua, bercakap dengan sopan, dan penerapan nilai kasih sayang yang penting dalam
pembentukan keluarga bahagia.
Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan
keperluan asas kepada anak-anak agar pembentukan keluarga bahagia dapat
dicapai. Ibu bapa wajar menyediakan tempat tinggal yang kondusif kepada
anak-anak bagi mewujudkan suasana yang harmonis. Ibu bapa juga harus
menghidangkan anak-anak mereka dengan makanan yang berkhasiat dan halal bagi
keluarga beragama Islam. Keperluan asas yang di sediakan oleh ibu bapa kepada
anak-anak mampu mengembangkan pemikiran anak-anak ke arah yang lebih positif.
Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang
baik untuk anak-anak. Hal ini penting kerana pada usia muda dan remaja,
anak-anak lebih cenderung mengikut perwatakan ibu bapa mereka. Seandainya ibu
bapa menunjukkan sikap-sikap yang positif maka tidak hairanlah jika anak-anak
yang di asuh akan menjadi baik ketika mereka dewasa kelak. Ibu bapa boleh
menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dengan cara melaksanakan segala
perintah dan seruan agama, menjaga percakapan, perbuatan, dan tingkah laku
mereka.
Seterusnya, keluarga yang bahagia juga boleh dibentuk
melalui peranan ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa
wajar memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka
tidak berasa tersisih dan diabaikan. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, ambillah
sedikit kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah ataupun
membawa mereka melancong. Ibu bapa seharusnya bersikap adil dalam memberikan
kasih sayang kepada setiap anak-anaknya agar sesebuah keluarga yang bahagia
dapat dibentuk.
Langkah berikutnya, ibu bapa perlu mempunyai ilmu
keibubapaan dalam mewujudkan sesebuah keluarga yang bahagia. Ilmu keibubapaan
ini boleh diperolehi melalui program-program motivasi, buku-buku, dan ceramah
agama. Ilmu keibubapaan wajar dipelajari oleh semua ibu bapa agar mereka faham
akan cara mendidik anak-anak dengan cara yang sesuai. Ilmu keibubapaan ini juga
perlu diberikan dan dipelajari oleh golongan berstatus bujang yang ingin
mendirikan rumah tangga agar masalah dalam rumah tangga seperti penderaan
anak-anak dan penceraian tidak berlaku di kemudian hari.
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang
sewajarnya bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana, Wawasan
2020 yang menggariskan cabaran dalam pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai
dengan jayanya.
Tq,sangat membantu
BalasPadamTerima kasih :) sangat membantu....
BalasPadamTerima kasih.....
BalasPadam