PRODUK MAKANAN HALAL (KEPENTINGAN, USAHA MEMAJUKAN & MASALAH)

TAKRIFAN HALAL
  • Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
  • Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
  • Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  1. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  2. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  3. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  4. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
SUMBER: Portal Rasmi Halal Malaysia (http://www.halal.gov.my)

KEPENTINGAN HAB HALAL DI MALAYSIA
*Hab bermaksud pusat. (Sumber: http://prpm.dbp.gov.my)

Antara kepentingan hab halal di Malaysia ialah:
1. Menjana pendapatan negara.
2. Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
3. Menggalakkan pemindahan teknologi moden dan canggih.
4. Menjamin kesihatan pengguna produk makanan halal.
5. Menggalakkan kewujudan industri hiliran.
6. Meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D).

USAHA MEMAJUKAN HAB HALAL
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan hab halal di Malaysia ialah:
1. Melalui galakan kerajaan (mengemaskini/mewujudkan dasar-dasar terdahulu/baharu mengenai hab halal).
2. Memberi bantuan modal dan peralatan kepada induvidu yang ingin menceburi bidang industri makanan halal.
3. Memberi latihan dan kemahiran kepada induvidu yang berminat dalam industri halal tentang cara dan proses penghasilan produk halal.
4. Membuka pasaran yang luas di dalam dan luar negara untuk memasarkan produk halal.
5. Meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) berkaitan cara menghasilkan produk halal yang lebih bermutu dan berkualiti tinggi.
6. Melalui kempen dan festival makanan halal di peringkat dalam negara dan antarabangsa.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM MEMAJUKAN HAB HALAL
1. Kekurangan modal (kurang pelabur yang berminat untuk melaburkan modal).
2. Pasaran yang kecil untuk memasarkan produk.
3. Mutu dan kualiti produk makanan halal yang rendah dan tidak tahan lama.
4. Persaingan dengan negara-negara yang banyak menghasilkan produk halal yang lebih berkualiti.
5. Kurang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tentang cara mempelbagaikan produk halal.
6. Kurang tenaga mahir dalam bidang pemprosesan produk halal.

Ulasan

  1. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    BalasPadam
  2. Usaha² memajukan industry hab halal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN