Persediaan ke Universiti :)

Assalamualaikum & salam sejahtera... Hi ! :)

Taniah! 

Diucapkan buat adik-adik yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Selamat menempuhi alam pembelajaran yang baharu yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Bagi yang tidak mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran, janganlah berasa berputus asa. Sebaliknya buatlah rayuan untuk ambilan kedua atau ambilan Februari atau ambilan-ambilan akan datang. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Bagi anda yang mendapat tawaran sambung belajar, saya pasti pelbagai perasaan wujud dalam fikiran anda. Yang rasa gembira tu, Alhamdulillah lah. Tetapi ada juga yang berasa terbeban dan stress apabila mendapat tawaran daripada universiti. Faktornya mungkin disebabkan:

  • Kursus yang ditawarkan tidak digemari oleh anda (sekadar pilihan terakhir)
  • Terlalu jauh dari tempat tinggal anda.
  • Universiti yang ditawarkan bukan universiti pilihan anda.
  • Masalah kewangan.
  • Masalah keluarga (menjaga ibu/ayah yang sakit)
  • Sukar menempuhi alam kehidupan universiti.


Tetapi walau apa jua penghalang anda untuk menjejakkan kaki ke menara gading, bersyukurlah kerana anda merupakan insan terpilih yang ditawarkan tempat di universiti. Sedangkan di luar sana, ramai lagi yang kecewa kerana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti.

So, apa persiapan anda sebelum melangkah ke universiti. Jom kita semak! 

1.   Surat tawaran & dokumen. Pastikan anda mencetak surat tawaran dari U yang anda dapat dan buat beberapa salinan. Pada surat tawaran tersebut anda diminta untuk menyediakan/membawa beberapa salinan dokumen seperti sijil@slip peperiksaan. Pastikan salinan (photostat) dokumen anda DISAHKAN oleh induvidu yang mempunyai kuasa, misalnya Penghulu, JKKK, Guru Besar atau pihak2 berkaitan. 
*Sesetengah pihak university inginkan anda berbuat demikian. 
*Lakukan juga salinan IC ibu ayah anda utk kegunaan masa hadapan. 
*Gambar anda (berukuran passport) perlu disediakan dlm beberapa keping.

2.    Buka akaun bank & Simpanan SSPN. Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman PTPTN, sila buka akaun simpanan SSPN terlebih dahulu. Pinjaman PTPTN akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam apabila ia diluluskan. PTPTN juga menyediakan Wang Pendahuluan PTPTN untuk anda yang mempunyai masalah kewangan atau memerlukan wang segera untuk membuat persediaan ke U. Cheque bank untuk Wang Pendahuluan PTPTN akan dipos ke alamat rumah anda. Jika anda tidak mahu mengambil Wang Pendahuluan (WP) PTPTN, sila abaikan cheque tersebut. Seandainya anda mengambil WP, ianya akan ditolak dari pinjaman PTPTN anda pada semesta akan datang sehingga WP tersebut langsai (kesannya, baki wang PTPTN anda setiap semesta akan berkurang.

3.    Lakukan medical check-up. Apabila anda telah MENERIMA tawaran U. Anda akan diminta untuk melakukan medical check-up. Medical check-up tersebut mungkin mengambil sedikit masa. Oleh itu, lakukanlah pada seawalnya. Medical check-up tersebut boleh dilakukan di hospital kerajaan @ swasta atau klinik swasta. Sedikit bayaran diperlukan.

4.    Barang keperluan. Sediakan barang keperluan anda secukupnya. Contohnya, alat tulis, BANTAL, cadar, baldi, bahan cucian, baju (kemas & sopan), stok makanan, hanger, penyepit baju, bekas makanan dan sebagainya!


Saya nak ceritakan lah sikit pengalaman masuk ke university dulu. Masa awal-awal semak UPU dulu memang saya rasa kecewa sangat. Sebab apa? Sebab saya ditawarkan kursus yang bukan dalam minat saya. Saya ditawarkan kursus di UPSI. Memang berbelah bagi sangat sama ada nak terima atau tolak tawaran tersebut. Saya sering termakan dengan kata-kata orang. Ikutkan hati saya memang saya ingin tolak tawaran tersebut. Tapi, ramai orang cakap jika menolak tawaran tersebut nama saya akan di blacklist untuk memohon universiti lain. Kawan-kawan pun menyokong saya untuk menerima tawaran tersebut. Tapi, Alhamdulillah, keluarga saya tak pernah mendesak saya dalam membuat pilihan. Emak setuju sahaja walau apa jua keputusan saya. 

Memang berminggu jugalah saya dilanda kecewa, gusar dan stress. Yalahkan, tak semua orang dapat peluang macam kita. Tapi itulah, saya memang tiada hati untuk melanjutkan pelajaran waktu itu. Masa semakin suntuk, beberapa hari sahaja lagi untuk saya pergi mendaftar diri di UPSI. Akhirnya saya bertekad, saya tidak mahu ke UPSI. Nekad! Untuk apa saya menyambung pelajaran kalau bidang yang saya dapat itu bukan yang saya minat. Ahh, biarlah. Kalau ada rezeki, sambung tahun depan. Kerja dulu. Itu perancangan saya. Seminggu berlalu… orang lain sudah mendaftar masuk ke U masing-masing. Tapi saya masih di kampung. Memang terasa jugaklah. Menyesal pun ada. Tapi itu keputusan saya, padahnya tetap saya kena terima. Namun, Allah itu Maha Adil. Esoknya, saya menerima panggilan dari pihak Universiti Malaya. Saya ditawarkan pengajian dalam bidang yang saya minati. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Indah sungguh perancangan Allah SWT. Apa lagi? Terus saya terima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka :)

Saya mendaftar diri di UM selepas Minggu Haluan Siswa (MHS) tamat. Tak merasalah saya minggu orientasi. Hehe… Selesai mendaftar diri di Kolej Kediaman Ketiga, kami diberi taklimat dan pada malam itu juga diadakan lafaz akur janji pelajar baharu. Esoknya, saya terus ke fakulti dan mendaftar subjek di sana. Memang agak kelam kabut sebabnya saya masih tidak tahu selok belok disini kerana tidak mengikuti MHS. Tapi, Alhamdulillah, segala urusan saya dipermudahkan oleh-Nya...

Jadi, bagi adik-adik yang masih terfikir-fikir nak sambung belajar ke tak, fikirlah 'seranum-ranumnya'. Anda masih muda. Peluang masih ada di depan mata. Raihlah. InshaaAllah, segalanya akan baik-baik sahaja :)

" Welcome freshie! :P "

#Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN