TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

Sumber Internet Kesan Positif: 1. Memudahkan mencari maklumat 2. Memudahkan komunikasi 3. Mempercepatkan urusan 4. Mudah mendapatkan berita / perkembangan semasa 5. Meluaskan pasaran perniagaan Kesan Negatif: 1. Berlaku pembaziran waktu 2. Melayari laman web yang tidak bermoral/pronografi 3. Berlaku jenayah siber Sumber Internet ***** Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT. Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat . Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidik...