RUKUN NEGARA (LANGKAH YANG PERLU DI LAKUKAN KE ARAH MEMUPUK KESEDARAN UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA)



Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara [sumber: wikipedia ]. Berikut ialah 5 prinsip Rukun Negara:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


Antara langkah yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati pinsip Rukun Negara, ialah:

1. Mengadakan Kempen Kesedaran
a) Tujuan: Untuk menanamkan & menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri induvidu.
b) Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.

2. Melalui Pendidikan.
a) Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll.
b) Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran 
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral.
c) Tujuannya adalah untuk memastikan warga pendidik khususnya para 
pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara.

3. Peranan Media Massa.
a) Media massa elektronik spt televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau 
program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara.
b) Media massa bercetak spt akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan
 artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

4. Peranan Kerajaan.
a) Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi 
memastkan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.
b) Kerajaan boleh mengambil iniasiatif spt menganjurkan program yang 
bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.
c) Contohnya: dengan menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’.

5. Peranan Ibu Bapa
a) Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya
 memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara.
b) Hal ini perlu bagi memastikan anak-anak faham dan patuh serta 
menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa spt kata
 pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulan:
Setiap anggota masyarakat seharusnya menghayati 
prinsip Rukun Negara agar perpaduan & keselamatan di negara ini sentiasa terjaga. Rukun Negara amat perlu dihayati bagi mendidik jiwa ke arah semangat patriotisme.

Ulasan

  1. kenepakah mahasiswa sekarang tidak menghayati rukun negara

    BalasPadam
  2. thanks..izinkan saya share ilmu dengan kawan2 yang lain ye

    BalasPadam
  3. boleh dapat source reference untuk atikel ini?

    BalasPadam
  4. Terima kasih sebab kongsi fakta Dan nota 😙😙

    BalasPadam
  5. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    BalasPadam
  6. KAYA DENGAN KAD ATM KOSONG Whatsapp +12623558285. E-mel: georgbednorzhackers@gmail.com.

    Hai kawan-kawan!!! Saya mempunyai kesetiaan saya. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $5,000 sehari. Saya mendapat ini daripada Encik Georg pada hari Rabu lalu dan kini saya mempunyai €10,000 secara percuma. Kad tersebut mengeluarkan wang dari mana-mana ATM dan tiada nama, tidak dapat dikesan dan kini saya mempunyai wang yang cukup untuk saya dan 4 anak saya. Saya sangat gembira saya bertemu dengan Encik Georg kerana saya bertemu dua orang sebelum ini dan mengambil wang saya tanpa mengetahui bahawa mereka adalah penipuan. Tetapi saya gembira sekarang. Encik Georg menghantar kad itu melalui DHL dan saya mendapatnya dalam masa dua hari. Dapatkan salah seorang daripadanya sekarang. Lihat, ia memberi untuk membantu orang, walaupun ia menyalahi undang-undang, tetapi ia banyak membantu dan tiada siapa yang pernah ditangkap. Kad ini berfungsi di semua negara di seluruh dunia. Cepat dan e-mel melalui georgbednorzhackers @ gmail. com Teks, hubungi atau WhatsAp: +1(262)355-8285
    Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah:
    Mengklon kad ATM
    Menggodam ATM Bitcoin dengan kad perisian hasad
    Memulihkan Matawang Kripto yang Hilang atau Dicuri
    Menggodam pemindahan Western Union, pemindahan MoneyGram, pemindahan Bank, pemindahan PayPal, pemindahan aplikasi Cas#
    Pulihkan Media Sosial yang Digodam: Facebook, Instagram, Snapchat, TikTok, Gmail, mel Yahoo dan tapak web.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF

INDUSTRI INAP DESA (HOMESTAY) : KEPENTINGAN & CABARAN