Kesalahan Umum dalam Bahasa Melayu
Salam Malaysia Baharu! :) Apabila mula melakukan kerja penyuntingan naskah atau pembacaan pruf (proofreading) , baru saya sedar banyak penggunaan kata yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu yang tidak saya ketahui cara, aturan dan peraturan penggunaannya dengan jelas dalam naskhah. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya tentang penggunaan kata-kata tersebut. Sehinggakan hendak menulis artikel ini pun, saya masih tertanya-tanya betul ke penggunaan kata yang digunakan dalam artikel ini. Antara persoalan yang sering menggangu fikiran saya dan mungkin anda juga adalah seperti berikut: 'IALAH' atau ' ADALAH '? Yang mana satu? Bila perkataan ' DI ' perlu dieja rapat dan dijarakkan? Perkataan ' KE ' perlu dieja rapat atau dijarakkan? Bila perlunya penggunaan ' DARI ' dan ' DARIPADA '? Ejaan perkataan 'kebanya KK an' atau 'kebanya K an'? Satu K atau dua K? Ejaan perkataan 'penulisaNNya' atau