Segalanya Tentang Tingkatan 6
Salam sejahtera... Hari ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tingkatan enam. Mungkin ada dalam kalangan adik-adik lepasan SPM yang masih berminat menyambung pelajaran walaupun tidak mendapat tempat di universiti ataupun matrikulasi. Jadi, ramai yang menjadikan pengajian di tingkatan enam sebagai laluan untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti kelak. Ada juga sebahagian pelajar yang menjadikan tingkatan enam sebagai 'tempat persinggahan' sebelum mendapat tawaran ke pusat pengajian lain. Stigma yang mengatakan bahawa pengajian di tingkatan enam no class ataupun low class harus dikikis khususnya dalam pemikiran adik-adik lepasan SPM. Sebenarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu pendidikan di tingkatan enam. KPM kini sedang melaksanakan program 'Penjenamaan Semula Tingkatan 6' agar setanding dengan institusi pengajian lain di Malaysia. Sebelum kita pergi lebih jauh. Biar saya dedahkan apa itu Tingkatan 6? Berdasarkan makl...