Catatan
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEDATANGAN BURUH ASING KE NEGARA MALAYSIA (FAKTOR TOLAKAN & FAKTOR TARIKAN)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia, iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan. Antara faktor tolakan yang mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia ialah masalah ekonomi di negara asal. Perkembangan ekonomi yang kurang pesat di negara asal menyebabkan buruh asing ini kurang peluang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar penganguguran dan kemiskinan yang semakin tinggi. Peluang pekerjaan yang terhad ini juga memberikan kadar upah yang rendah dan hal ini memaksa mereka ke negara kita, Malaysia. Selain itu, faktor tolakan berikutnya ialah bencana alam . Bencana alam yang kerap berlaku di negara Indonesia, Thailand, dan Bangladesh seperti banjir, kemarau, dan ribut taufan. Kejadian kemarau yang melanda menyebabkan krisis bekalan makanan berlaku sehingga terjadinya masalah kebuluran. Kejadian banjir juga menyebabkan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit taun, tibi, dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan mereka memasuki negara kita....
PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Masih segarkan diingatan anda permainan-permainan seperti di bawah? Permainan tradisional seperti ini pernah popular pada suatu ketika dahulu namun kini ia semakin di lupakan dalam kalangan remaja era masa kini. Peredaran arus teknologi menghanyutkan permainan-permainan tradisional yang telah lama dimainkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Congkak Sepak Takraw Tarik Upih Ceper
PANTUN KASIH SAYANG
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar. Ikan sepat di Parit Baru, Sayur manis di Tanah Bawang; Sudah dapat sahabat baru, Dalam manis saya terbuang. Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu. Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama; Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama? Kelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru ku sedar hatiku cinta. Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. Mari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam. Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit dimunum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati k...
BAHASA MELAYU KUNO MELALUI BUKTI BATU BERSURAT
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada zaman itu kebanyakkannya beragama Hindu dan bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi dalam masyarakat. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit mudah diterima. Ini boleh dibuktikan melalui pengaruh lisan atau aksara Pallava dan Devanagiri yang datang dari India, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata bahasa Melayu Kuno. Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu Kuno yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara Pallava iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bers...
Persediaan ke Universiti :)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum & salam sejahtera... Hi ! :) Taniah! Diucapkan buat adik-adik yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Selamat menempuhi alam pembelajaran yang baharu yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Bagi yang tidak mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran, janganlah berasa berputus asa. Sebaliknya buatlah rayuan untuk ambilan kedua atau ambilan Februari atau ambilan-ambilan akan datang. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Bagi anda yang mendapat tawaran sambung belajar, saya pasti pelbagai perasaan wujud dalam fikiran anda. Yang rasa gembira tu, Alhamdulillah lah . Tetapi ada juga yang berasa terbeban dan stress apabila mendapat tawaran daripada universiti. Faktornya mungkin disebabkan: Kursus yang ditawarkan tidak digemari oleh anda (sekadar pilihan terakhir) Terlalu jauh dari tempat tinggal anda. Universiti yang ditawarkan bukan universiti pilihan anda. Masalah kewangan. Masalah keluarga (menjaga ibu/ayah y...
TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) : KESAN POSITIF & KESAN NEGATIF
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sumber Internet Kesan Positif: 1. Memudahkan mencari maklumat 2. Memudahkan komunikasi 3. Mempercepatkan urusan 4. Mudah mendapatkan berita / perkembangan semasa 5. Meluaskan pasaran perniagaan Kesan Negatif: 1. Berlaku pembaziran waktu 2. Melayari laman web yang tidak bermoral/pronografi 3. Berlaku jenayah siber Sumber Internet ***** Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT. Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat . Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidik...